Wednesday, December 26, 2012

Hey

Well hey
So much I need to say
Been lonely since the day
the day you went away
So sad but true
For me there's only you
Been crying since the day
The day you went away

Wednesday, December 19, 2012

pilu sedih

kau datang tak di duga
dan kau pergi begitu saja

apa mahu mu kasih
apa yang kau mahu tagih

malam tadi aku menangis sedu
kau ingin pergi meninggalkanku
tanpa aku tahu siapa kamu
tanpa aku mengerti apa maksudmu
tanpa aku sedari aku suka pada mu

menangis keseorangan
dirumah tanpa teman
tiada siapa ingin melayan
mengubat hati dan perasaan

aku menangis semahu ku
lelah sungguh rasa di kalbu

bertubi asakan persoalan
bukan aku tak mahu memberi jawapan
tapi rasa ini sangat menyesakkan
dan aku lena bersama hati yang rawan

kau tanya aku rindu
ya! sudah tentu
tapi takkan aku nak mengaku
diriku masih dikemul malu

rasa ini biarlah pergi
aku tak mahu menanggung lagi
pergilah kau pergi
kemana saja yang kau ingini

Tuesday, December 18, 2012

putus

cinta suci...biarlah ia pergi
demi kebahagiaan mu
ku relakan dikau pergi dariku

--

every step  i take
every move i make
every single day
every time i pray
i'll be missing you

--

setulusnya aku
akan terus menunggu
menanti sebuah jawapan
untuk memilikmu..

--

ku hapuskan air mata
dari mengiringi kesengsaraan mengharung perpisahan ini
ku pujuk jiwa nestapa pendamlah duka
pasrah pada lara ketentuan ini

--

ku mencari ku mencari
apakah salahku
kau buat ku termenung keseorangan
dalam diri sangsi, akhirnya begini
perpisahan tak ku duga

--

kau kekal didalam hatiku
kekal dalam ingatan
kekal sebagai kasihku 
kekal sepanjang zaman
kira kau dan aku
satu hari akan bersatu

--

ketika bersama rindu bergelora
perpisahan menikam jiwa
kau pandai mengusik
kau pandai menggoda
kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

apakah ertinya ucapan manismu
kau merinduiku
mungkin hanya aku
yang membiarkan mu
menipu diriku

***************

tiada pengubat bisa merawat luka
ku dalam trauma
-fam-

Wednesday, December 5, 2012

suatu yang pernah

habis sudah madah
tak ada satu pun yang tertinggal
setiapnya telah kau ambil dan terus kau jual

seolah tak pernah memakna apa
seolah tak pernah kau inginkannya
seolah tak pernah

dikutipku bila sudi
dibila tidak, dibiar mati
dan lebih menyakitkan
ku tetap tunggu di tepi jala

seperti tak pernah ku ada harga
seperti tak pernah kita bersama
sepeti tak pernah kau mahu aku
tak pernah rindu
tak pernah rayu
dulu...

terlebur hancur kebal rusukku
bekecai sepai, terpecah belah
terima kasih atas ajarmu
cinta tak wujud
ah, tak pernah

dan dengarkan jeritku
jujur tak terfitnah
kau hanya bagiku
suatu yang pernah

takkan ada apa
yang mampu untuk buat kau pulang
bila sudah tiada rasa
bikinlah apa, tetap kau terbang

takkan ku pujuk kau jangan pergi
takkan ku minta kau fikir lagi
takkan ku paksa renung semula
takkan ku suruh apa-apa

takkan ku izin tubuh dibuka
takkan ku paper reput didada
takkan ku rebah
takkan ku goyah
takkan ku biar tubuh didarah

~fynn jamal~

ku kira ku dah jatuh cinta pada sidia :)

Saturday, November 17, 2012

terluka lagi

air itu membuak keluar
mengalir laju hingga kebasahan
sukar sungguh untuk dibendung
payah untuk diberhentikan
puas aku kesat untuk entah berapa kali
kenapa masih mahu mengalir

disudut itu aku berdiri kaku
sedu sedan meluah rasa
padahal aku cuba untuk pendam
agar tiada siapa yang perasan
akhirnya ia keluar tanpa sedar
aku tewas mengawal rasa
entah apa difikir mereka

mataku merah pipi ku merah
aku tak mampu memandang dia
terlalu banyak perasaan yang bergumal
hingga dia meminta untuk lihat kearahnya
hanya sekejap cuma aku bertahan
selebihnya biarlah mereka menduga

maafkan aku sahabat
entah apa yang merasuk ku
hingga aku menghambarkan suasana
detik indah dalam hidupmu
adakah aku cemburu buta
adakah aku sudah menggila
adakah aku terasa tak semena
adakah aku sedih tanpa terluka
dan aku tidak tahu apa-apa

mataku banjir semakin deras
akhirnya aku tewas
banyak rupanya rasa yang aku bidas
menidakkan kata jiwa dengan kias

kemuncaknya semua orang tahu
yang ada disitu memandangku
dengan persoalan yang ingin tahu
mengapa aku begitu

hati ku sakit lagi
untuk entah berapa kali
aku penat lagi
aku letih sendiri
untuk terus menangisi
kesukaanku bukan milikku
yang itu aku pasti
aku perlu mencari cinta lagi

perasaan yang berkecamuk
sakit pedih bercampur aduk
jiwaku yang seakan remuk
pandangan ku tertunduk
mengharap ada yang mengetuk
agar aku tak terus terlentok
dan aku terus dipeluk

hangatnya ku rasa
ku tak sepatut buat sedemikian rupa
dia terlalu baik hati dan rupanya
aku yang mementingkan diri rupanya








***mencari cinta lain. hijau dan jambu dalam kenangan.

Friday, November 16, 2012

milikmu

beria sungguh kau melontarkan
hingga rasa sangat kepenatan
lelah mengikut segala kemahuan
bertubi menerima asakan

lalu ku cerita pada dia
betapa seminggu itu menghilangkan daya
pulas segala baki keringat yang ada
rasa ingin berhenti buat seketika

mujur juga dia sudi menelan
kepahitan yang telah ku lontarkan
hingga sangat menyesakkan
hilang sedikit kabut yang tertelan

terima kasih wahai kamu!
ingin sekali menjadi milikmu
tapi sudah ditakluki hati kamu
semoga bahagia milikmu


Tuesday, November 13, 2012

kedumalu

terkedu terkelu
tersipu malu
merah mukaku
segannya aku!

kata yang terbiar

luahan melalui kata
kadang menyakitkan sesiapa
kadang peduli tiada siapa

ada baiknya kata dibiarkan kaku
kaku di contengan kayu atau batu
dari dibiarkan menjadi hati layu

kata ini biar terbiar
cuma jangan sampai ianya liar