Friday, December 8, 2017

awan

Aku hanya mampu melihat indahnya awan
Dan menyaksikan kemesraan gemawan
Tanpa mampu menyentuhnya
Dan mengikut serta

Aku tidak layak untuk itu
Malah aku tak punya izin untuk melakukan itu

Pandanganku hanya kosong
Tapi sayangku tak pernah bolong

Tuesday, November 7, 2017

rakus

memandangmu
seperti mahu mengalir air mataku
berjuta perasaan yang berasak
namun satu pun aku tak tahu

aku rakus tentang semua mengenai kau
aku tamak tentang semua berkaitan dengan kau
aku haloba tentang semua yang ada kau




Tuesday, October 31, 2017

tertekan

"ya?"

"sorry, saya tertekan"

"oh...ok"

ok sahaja? saya betul-betul tertekan dengan awak ni.

Saturday, September 23, 2017

Lelah

"lelah membuat kebaikan kerana dosa yang dilakukan"

Dan kini aku lelah
lelah mencari dan mencintai Mu


Saturday, September 9, 2017

Jangan mainkan aku

Bahkan
Ketika dunia menyerangku sekalipun
Dan kau ada didalamnya
Aku akan selalu melihatmu
Jangan datang padaku
Jika kamu hanya berniat main-main
Kau tau betul bagaimana caranya datang
Kau pun tahu bagaimana caranya pergi
Tapi kau tak pernah mengajarkanku
Bagaimana caranya mengikhlaskan kepergianmu
Dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan belaka
Kau permainkan kepercayaan dan kesetiaanku
Dengan janji murahmu
Tak kah kau tahu jika surga itu bukan murah?
Kuharap kau tak pernah bermain-main lagi
Dihati-hati yang lain

Oleh kerana aku hanya ingin menuntunmu dan tertuntun olehmu di jalan-Nya.
Maukah kamu berubah?

-Panji Ramdana

Tuesday, July 25, 2017

Mourning

I can't feel
The way I did before
Don't turn your back on me
I won't be ignored
Time won't heal
This damage anymore
Don't turn your back on me
I won't be ignored

***

I tried so hard and got so far
But in the end, it doesn't even matter
I had to fall to lose it all
But in the end, it doesn't even matter

--

Masih terkejut dan kecewa
Kenapa itu yang kau pilih?
Apapun, terima kasih dari jauh
Untuk apa yang aku terima dari kau

childhood memory--




Thursday, July 6, 2017

terima kasih

mengujakan.

bila didatangi dengan ucapan terima kasih.
"terima kasih sebab masak sedap-sedap"
"terima kasih sebab tolong suapkan budak-budak"
"terima kasih sebab banyak bersabar"
"terima kasih sebab melayan budak-budak"
"terima kasih sebab kemaskan rumah"

kenapa?
aku yang dahulu masak tak sedap?
aku yang dahulu tak suapkan budak-budak?
aku yang dahulu suka hilang sabar?
aku yang dahulu tak melayan budak-budak?
aku yang dahulu malas nak kemaskan rumah?

mungkin
bila kurang sabar semuanya jadi hambar

mungkin juga
aku yang sekarang sudah pandai mengawal emosi

terima kasih kembali



semoga tak jatuh

aku nampak dia bersemangat
aku nampak dia penuh minat
aku nampak dia semakin ligat
aku nampak dia semakin smart

namun aku nampak dia macam tak beringat

dia masih muda belia
semangat itu membuak sentiasa
idea datang merata

sedang aku jauh dari dia
jarak umur aku dengan dia
hampir sepuluh tahun rasanya

atau aku yang terlalu menasihati
aku kah yang terlalu memerhati

semoga sentiasa berjaya
dan lebih berjaya
dari masa ke semasa

AB

Monday, June 19, 2017

Abah

Abah
Aku membayangkan kau tersenyum pada ku
Aku membayangkan kau usap kepalaku
Aku membayangkan kau memanggilku
Aku membayangkan kau menggendongku
Aku membayangkan kau mengintaiku dari jendela itu
Aku membayangkan kau tidur dengan dengkuranmu

Abah
Apa agaknya khabarmu disana
Aku yakin kau sedang dijaga Dia
Aku doakan kau bahagia sentiasa

Abah
Mak sering mengaitkan kau dengan sesuatu
Mak kata, abah kau suka itu
Abah kau dulu begitu
Abah kau macam ini macam itu

Abah
Lagi beberapa hari syawal menjelma
Lagi beberapa hari itu ramadhan akan pergi
Dan lagi beberapa hari aku akan menyambut syawal lagi tanpamu

Abah
Aku baca banyak ucapan selamat hari bapa
Aku lihat banyak gambar mereka bersama bapa
Namun aku hanya mampu mengucap dalam jiwa
Aku hanya mampu merakam gambar mu dalam minda

Abah
Moga baik-baik sahaja ya
Moga Allah mencucuri rahmatNya sentiasa
Ramadhan sudah hampir tiba di penghujungnya
Namun rindu ku padamu akan sentiasa ada
Dengan izin Dia

Saturday, June 17, 2017

Sudah (iv)

Sudah semakin dekat
Menuju hari yang telah dicatat
Terasa masa merangkak laju sangat
Berharap bersungguh bersangat
Moga ini bukan yang terakhir atas ini nikmat
Indah dan berkah ramadhan berkat
Moga akan ada lebih banyak tahun yang aku dapat
Lebih indah berkali-kali aku dapat
Lebih berkah tanpa jemu aku dapat

Walau hakikatnya sering mendesah
Disudut hati aku merasa lelah
Dengan kerja yang tak sudah
Setiap hari tenaga dikerah
Tanpa mengira hari berehlah

Semoga apa yang dilalui
Menjadi asbab untuk Allah mengampuni
Menjadi asbab untuk Allah mengasihi
Menjadi asbab untuk Allah mencintai

Semoga....
Akan ada ramadhan yang berpuluh kali untuk lalui
Sudah..
Semakin ke penghujung sudah

Wednesday, June 14, 2017

Akhirnya

Aku sudah penat menanya
Mengharap yang indah dari Dia
Semoga 5 tahun yang lalu
Akan aku kenang walau bukan selalu
Akan aku amal semampu dayaku
Untuk tahun-tahun yang bakal aku lalu


Sudah (III)

Sudah
Ini jalan penyudah
Hati aku rasa biasa sudah
Aku sendiri tak mampu buat apa lagi sudah

Sudah
Moga bahagia hujung penyudah
Aku yakin  dengan Maha Penyudah
Hati tak perlu susah
Jiwa redha sudah
Tiada lagi sudah

Tuesday, June 13, 2017

Ramadhan 2017

Ramadhan kali ini
Berbulan sebelum aku sabar menanti
Datangnya aku rai
Semua ditukar ganti
Untuk beri tambah seri

Ramadhan kali ini
Aku cuba untuk perbaiki
Cuba juga untuk melatih diri
Dan juga untuk melazimi

Ramadhan itu menjelma
Dan aku disapa rahsia
Oleh dia yang lama tiada
Pelik dan terpana pada mulanya
Apa niat dia
Apa mahu dia
Aku harap selepas ini akan tiada
Kehilangan yang tiba-tiba
Namun sebentar cuma
Dia hilang lagi rupanya