Wednesday, September 28, 2016

membutuhkan kamu

hati sedang mendung dingin
rupanya khabar itu bukan seperti yang aku ingin
dan perasaan ini semakin merunsing
kenapa kau buat aku begini?

aku sudah beri yang terbaik dari aku
sisi gelap juga yang kau lihat semahu
nilai baik ku bukan burukku
kerana aku sejenis manusia itu
kadang mengharap diri dihargai jitu

dalam pada itu
aku masih harap Tuhanku
takkan putus harapku
hanya Dia yang mengampuniku
sedang baikku diberi pahala yang aku mahu

dalam diam aku mengharap
dalam diam aku memendam
dalam diam aku menangis
dalam diam aku merintih

kau saja yang tak tahu
didepan mu aku hanya senyum sipu
mengiyakan kata mu
menyetujui cadang mu
kernanya gembira mu sahaja yang aku mahu
senyum mu sahaja yang aku rindu

hatiku padamu
masih seperti dulu
sentiasa subur jarang melayu
aku harap selamnya begitu
kerna aku membutuhkan kamu

her

bunga itu untuk dilihat
tapi kau untuk disayang
Allah tu adil
Dia tak pernah biarkan kita sendirian
Dan definisi “tidak bersendiri” itu berbeza bagi setiap dari kita

Hatiku berdebar 
Menunggu kau datang melamar
Melamar masuk ke dalam kamar
Lalu kita berbual bertanya khabar
Dan kita biarkan saja malam beredar

Dan kita lena dalam hangat gebar