Wednesday, March 23, 2016

Saat terbaring kaku

Dalam ruang sempit dan kaku
Sendirian termangu
Menunggu datang malaikat untuk bertemu
Bertanya apa dan siapa tentangmu
Namun mulut terkunci kaku
Iyalah. Bagaimana mahu menjawab soalan yang dituju
Kudrat sudah hilang untuk menggerakkan bibir itu
Menunggu membisu
Amal yang akan menjawab bagi pihakmu
Amal akan datang dengan sebaik-baiknya dalam penglihatanmu
Selayaknya amal yang telah dibuat dahulu
Tiada lagi peluang walau satu
Tiada langsung walau meminta untuk kali keseribu
Lalu bahagialah kalau amal bisa menghapus dosamu
Bersenanglah kalau mendapat rahmat Tuhanmu
Namun jika yang berlaku bukan begitu
Menyesal sahaja yang kau tahu
Menangis hiba mengharap doa dari mereka yang masih dipinjam nyawa yang satu
Mengharap akan ada wakaf dan sedekah yang pernah diberi seikhlas hati
Meminta agar kata-kata yang pernah tercurah bermanfaat untuk semua yang ditinggalkan kamu

Benarlah
Kematian adalah sebaik-baik pelajaran
Sementara nyawa masih di badan



Thursday, March 17, 2016

rajuk

fungsi kata ku kian terhakis
rasa semua nya kedengaran sadis
aku merajuk dengan kau
macam biasa
aku memang mudah merajuk
dan aku pujuk sendiri
disaat itu kau mula menyedari
rasa rajukku dilubuk hati
lalu kata pujuk mu buat aku senyum lagi
terima kasih

emak

melihat senyum mu
terasa bahagia disitu
melihat wajahmu
takut mula meluru
berharap ini bukan yang terakhir bagiku
berharap kita akan bersama selamanya
berharap kau sentiasa redha akan aku
berharap kau bahagia dengan adanya aku
berharap kau berharap yang baik untuk aku
berharap kau akan memaafkan dosa aku

moga emak yang aku cinta
senyum hingga kesyurga
bahagia dijiwa sentiasa
dijauhkan gundah gulana

abah

rindu datang lagi
melihat sekilas seperti dia
apa khabar abah?