Tuesday, January 15, 2013

terasa

banyak cakap banyak dosa
banyak kerja banyak terasa

makin lama makin bosan
makin lama makan dalam

tertanya-tanya
kenapa saya bukan dia
setiap kali yang salah itu saya
setiap kali yang tak betul saya juga

padahal dia juga begitu
kadang dia terlebih melulu
tiba saat itu
yang terkena aku

Tuhan nak uji
Tuhan nak kau tahan diuji
Tuhan nak kau yang diuji

Tuhan Maha Tahu
apa yang terbaik untuk mu
Dia mengujimu
biar kau tahu apa salahmu
agar satu hari yang berlaku
kau tak lagi malu

Terima kasih Tuhan
aku bersyukur Tuhan
ampuniku Tuhan

Thursday, January 10, 2013

cengeng

menangis lagi
sampai kapan lagi
mahu begini

cengeng!

cuba untuk senyum
tapi tidak ku daya


Tuesday, January 8, 2013

dil laga liya


Telah ku serahkan hati ini untuk mencintaimu
Mencintaimu
Mencintaimu

Telah ku curi hatimu untuk memilikiku
Memilikiku
Memilikiku

Wahai kekasih ku
Wahai cintaku
Wahai sayang ku
Mungkin ada yang mendengar
Bisiklah kepadaku

Ya! Aku sudah jatuh cinta
Kau tak pernah mencuri hatiku
Dan aku tak pernah memaksamu

Telah ku ambil ketenanganmu
Membuat kau tak keruan

Telah ku serahkan hati ini untuk mencintaimu
Mencintaimu
Mencintaimu

Dalam perjalanan ini
Mungkin aku akan ditinggalkan
Berjanjilah padaku
 Kau takkan tinggalkan ku
Takkan hancurkan hati ku

Bagaimana untuk ku memberitahu
Hati dan perasaanku
Ku ingin hidup dan mati bersamamu

Aku ingin memilikimu
Menunggumu

Telah ku serahkan hati ini untuk mencintaimu
Mencintaimu
Mencintaimu



Sunday, January 6, 2013

kacau

walaupun tengah bosan
aku benci diganggu
hari ini bukan masanya
tunggu saja esok menjelma

hari cuti hari untukku
bukan diasak dengan permintaan mu
sekadar bertanya mungkin boleh
tapi meminta-minta no way!

sebelum ini aku dah bertanya pada mu
itu saja kah yang kau mahu?
ada lagi yang kau perlu?
dengan selamba kau kata ya!

nah! lihatlah sekarang
hujung minggu ku kau ganggu
kau serabut, jadi kenapa dengan aku?
itu kau punya masalah
bukan aku

tak patut memaksa aku
aku tak suka dipaksa
kau memang merimaskan
terlalu!

lagak kau seolah kau lah bos
gaya kau seolah aku lah kuli
cara kau seolah kau saja lah yang sibuk

hey!
bos aku sendiri tak kacau ku
kecuali bertanya
sesuatu yang sangat penting
dan memberitahu
sesuatu yang takut terlupa maklum

antara kita ada sempadan
walau setiap bulan kau membayar