Sunday, December 20, 2015

kecewa

Kau tanya aku kenapa tak makan
sebenarnya aku sudah kenyang
kenyang dengan sakit yang kau tuang
kenyang memendam perasaan

kau tolak aku sebegitu sahaja
mengenepikan aku dalam hampir setiap hal
hampir setiap hal yang utama pula
menyisihkan aku di sisi gelapmu
langsung tak muncul bayang

jadinya, kenapa pelawa aku untuk ikut sama
kalau diakhirnya kau menolak
aku hanya beri aku harapan
harapan yang sia-sia
harapan yang melukakan

kau tanya aku ada apa nak tanya
aku hanya kata tidak, aku dah tahu
sebelum kau tanya aku dah ambil tahu
tika itu, aku tidak tahu apa jawabmu
ternyata itu semua memusnahkan harapku

tidak mengapa
aku akan cuba rawat sendiri
aku akan cuba ceriakan diri sendiri
aku akan biarkan air mata ini kering sendiri
aku berani
aku berani



Tuesday, June 30, 2015

Sampai hati dia

Malam tadi menangis sendu
Meminta-minta dan merayu
Agar Dia sentiasa dekat denganku
Agar aku jangan ditinggalkan begitu
Terkontang kanting tanpa hala tuju
Tiada siapa yang peduli tiada yang mahu

Siang tadi menangis hiba
Ditujah tuduhan segala
Menyalahkan aku dalam setiap perkara
Keras dan meninggikan suara
Dia langsung tidak membela
Dibiarkan aku keseorang saja
Sampai hati dia

Tuesday, June 23, 2015

Apa kena

Apa kena dengan hati
Seolah ada yang menyakiti
Atau perasan sendiri
Terasa dibiar dan dicampak tepi
Terasa tidak dipeduli
Terasa semua orang sedang menyindiri
Dan kau sedang bersendiri

Apa kena dengan amal
Selimut tebal dipintal-pintal
Dengan nafsu tidur yang tak dikawal
Dibiarkan malam berlalu walaupun sudah sedar awal

Apa kena dengan jiwa
Seolah ada yang tak kena
Resah dan bingung menerpa
Termenung merata
Rasa kosong dimana-mana

Apa kena dengan Tuhanmu
Kau leka dan lupa dengan Tuhanmu
Dimana kau letak darjat Tuhanmu
Dimana Dia Tuhanmu
Dimana zikir dan wirid selepas solatmu
Mengapa tergesa-gesa berlalu

Apa kena dengan kamu
Macam sudah jauh saja tingkahmu
Seolah marah dirembeskan saja begitu
Serasa sabar makin menipis dan membeku
Serasa angkuh sedang menyerbu


Friday, June 19, 2015

aku rindu!

kadang2 rindu itu datang bertamu
lalu air mata keluar laju
hadir sayu dalam kalbu
hendak dicari wajah itu
hendak dicium tangan kekar itu
hendak mendengar suara itu
hendak menatap kerlingan mata itu
namun semuanya tiada disitu
dia tiada lagi untuk aku
dia pergi untuk selamanya disitu
dialam lain yang bisu
yang tidak mungkin dihubungkan dengan aku
berkomunikasi dalam doa syahdu
Moga baik-baik saja dia disitu
moga santun dan lembut layanan bumi terhadap dia didalam itu
dan aku akan selalu merindu
dalam jaga dalam lenaku
dia sentiasa dihatiku

Abah, aku sedang menyambut ramadhan disini
walau kau tiada disisi
kau tetap dihati ini
di satu tempat yang sangat murni
hanya kau yang mengisi
tiada orang lain sebagai pengganti

Abah, aku rindu!

Tuesday, June 16, 2015

Harapan Ramadhan

Ramadhan kali ini aku mengharapkan
Mendapat redha dan ampunan Tuhan
Membayangkan aku dapat bonus yang beratus riban
Sentiasa rasa tenang dalam dakapan rahmat Tuhan
Moga jadi kenyataan

Tuesday, June 9, 2015

azam ramadhan

"Azam Ramadhan saya adalah nak explore setiap masjid yang ada kat shah alam ni. Nak terawih di masjid-masjid shah alam"

--

"azam saya pula, saya nak temankan dia explore masjid-masjid di shah alam"

"Selain itu, saya juga berazam untuk pergi bazar pada ramadhan kali ni sekali saja..........."

"wah! bagus tu. Sebab bila kita pergi bazar banyak masa terbuang dan kadang-kadang membazir beli makanan banyak"

"betul-betul. Lebih baik gunakan masa tu untuk baca quran dan berzikir"

"err, maksud saya, pergi bazar sekali sahaja disetiap tempat"

???

Tuesday, June 2, 2015

dosa

tubuh itu sasa
tapi tetap ada dosa

suci mana pun rupa
tetap pernah berdosa

alasan apa pun yang diberita
tetap ianya berdosa

rasa berdosa
rasa yang istimewa
buat kita dekat dengan Pencipta
mekarkan lagi rindu pada Dia

berbuat dosa
masih buat dengan selamba
tahu yang akibatnya adalah murka
dan menjemput ke neraka
tapi hanay dibiarkan saja?


rindu

hati yang sendu
rasa itu membelenggu
merenung dan menongkat dagu
mencari-cari itu
disana dan disitu
tapi tetap begitu
utuh seperti tugu
jemu untuk menunggu
sudah puas dimainkan lagu
sudah diperhati apa yang lalu
masih tetap begitu
tapi rasa itu makin laju
walau tiada didepan mataku
tapi sentiasa mekar di kalbu
rasa rindu
dalam menunggu

mencari Allah

tak terarah 
sesat dalam parah
luka makin berdarah
marah-marah
gulana dan resah
rasa bersalah
mencari Allah

Wednesday, April 22, 2015

cuba dengarkan

yang didengar itu yang selalu terulang di hati
berulang-ulang difikiran

kalau lagu uji rashid yang kau dengar
berulang-ulang la lagu tu kau fikirkan

kalau lagu 2ne1 yang kau dengar
berulang-ulang la lagu tu kau fikirkan

lagi dasyat kalau dalam fikiran kau tu berulang-ulang dalam solat
tunggang langgang bacaan
rugi kan?
dasyat kan?
sia-sia kan?

ok, sekarang kau dengar alunan zikir atau pun al quran
kau akan rasa tenang dan nyaman
hati kau sentiasa berzikir mengingat Tuhan

dengan syarat jangan dicampur adukkan
antara zikir tuhan dan audio yang melalaikan
minyak dan air tak bercampur walaupun bersentuhan
istiqamah la untuk tidak mendengar lagu-laguan

cuba.

Monday, April 13, 2015

Tuhan tak pernah meninggalkanmu

Tekanan yang dihadapi
Dek kerana masa yang tak diurusi
Terlampau sibukkan duniawi
Hingga tiada masa untuk Rabbi
Masa digenjat dari menmbaca qurani
Letih dan lelah meniduri

Carilah Tuhanmu
Di setiap masalah yang menghampirimu

Bacalah ayat-ayat Tuhanmu
Di setiap kesibukan membelenggu

Dunia menyesakkanmu
Tetapi Tuhan tak pernah meninggalkanmu

Wednesday, March 25, 2015

Jika rindu

Jika satu hari tu
Kau rasa rindu pada aku
Teringat pada aku
Datanglah sini sayangku
Kau tahu mana nak cari aku
Kau tahu mana ada ku
Datanglah. Aku tunggu

Sebab hanya aku
Yang tak tahu mana keberadaanmu
Malah namamu juga aku tidak tahu
Apa lagi siapa sebenarnya dirimu

Namun aku tahu
Bilamana aku merindu
Kau juga merasakan itu
Hati kita dihubungkan dengan jalinan jitu
Angin bayu membawa rinduku
Menyapa lembut diwajahmu
Lalu rinduku bersatu
Dengan setiap hela nafasmu
Dengan izin Tuhan kau dan Tuhan aku

Thursday, March 19, 2015

Merindu

Malam tadi teringat dia
Rasa sakit didada
Seakan disentap setiap pembuluh darah yang ada
Perit dan pedih rasanya
Adakah dia pun sama?

Aku titipkan rasa rindu ini
Agar dia juga turut merasai
Disetiap hembusan bayu yang dinikmati
Moga dia juga akan menyedari
Aku tersiksa dengan perasaan ini

Mula mengenang dia
Singkap kembali kata-kata bisu dia
Fahami apa yang dibicarakannya
Cuba menyelami apa ingin dia
Dan aku merindu dalam lena

Tuesday, March 10, 2015

Tinggal

Kali ini lebih matang
Menghadapi ujian hati yang datang

Aku tau kau akan baca ini
Aku tau kau akan cari aku disini
Yang aku tak tahu bila ianya akan terjadi

Siapalah aku ini untuk memaksa. Dan siapalah aku untuk menahan. Aku tak tahu siapa dia. Aku belum cukup yakin untuk amal. Aku bukan perlukan sokongan, tapi aku perlukan iman. Itu kata dia.
Aku merayu dan berharap. Tolong jangan tinggalkan aku lagi. Cukuplah sekali kau pernah buat dulu. Ianya sangat menyakitkan. Ianya sangat menyayatkan. Ianya sangat memeritkan.