Monday, June 19, 2017

Abah

Abah
Aku membayangkan kau tersenyum pada ku
Aku membayangkan kau usap kepalaku
Aku membayangkan kau memanggilku
Aku membayangkan kau menggendongku
Aku membayangkan kau mengintaiku dari jendela itu
Aku membayangkan kau tidur dengan dengkuranmu

Abah
Apa agaknya khabarmu disana
Aku yakin kau sedang dijaga Dia
Aku doakan kau bahagia sentiasa

Abah
Mak sering mengaitkan kau dengan sesuatu
Mak kata, abah kau suka itu
Abah kau dulu begitu
Abah kau macam ini macam itu

Abah
Lagi beberapa hari syawal menjelma
Lagi beberapa hari itu ramadhan akan pergi
Dan lagi beberapa hari aku akan menyambut syawal lagi tanpamu

Abah
Aku baca banyak ucapan selamat hari bapa
Aku lihat banyak gambar mereka bersama bapa
Namun aku hanya mampu mengucap dalam jiwa
Aku hanya mampu merakam gambar mu dalam minda

Abah
Moga baik-baik sahaja ya
Moga Allah mencucuri rahmatNya sentiasa
Ramadhan sudah hampir tiba di penghujungnya
Namun rindu ku padamu akan sentiasa ada
Dengan izin Dia

Saturday, June 17, 2017

Sudah (iv)

Sudah semakin dekat
Menuju hari yang telah dicatat
Terasa masa merangkak laju sangat
Berharap bersungguh bersangat
Moga ini bukan yang terakhir atas ini nikmat
Indah dan berkah ramadhan berkat
Moga akan ada lebih banyak tahun yang aku dapat
Lebih indah berkali-kali aku dapat
Lebih berkah tanpa jemu aku dapat

Walau hakikatnya sering mendesah
Disudut hati aku merasa lelah
Dengan kerja yang tak sudah
Setiap hari tenaga dikerah
Tanpa mengira hari berehlah

Semoga apa yang dilalui
Menjadi asbab untuk Allah mengampuni
Menjadi asbab untuk Allah mengasihi
Menjadi asbab untuk Allah mencintai

Semoga....
Akan ada ramadhan yang berpuluh kali untuk lalui
Sudah..
Semakin ke penghujung sudah

Wednesday, June 14, 2017

Akhirnya

Aku sudah penat menanya
Mengharap yang indah dari Dia
Semoga 5 tahun yang lalu
Akan aku kenang walau bukan selalu
Akan aku amal semampu dayaku
Untuk tahun-tahun yang bakal aku lalu


Sudah (III)

Sudah
Ini jalan penyudah
Hati aku rasa biasa sudah
Aku sendiri tak mampu buat apa lagi sudah

Sudah
Moga bahagia hujung penyudah
Aku yakin  dengan Maha Penyudah
Hati tak perlu susah
Jiwa redha sudah
Tiada lagi sudah

Tuesday, June 13, 2017

Ramadhan 2017

Ramadhan kali ini
Berbulan sebelum aku sabar menanti
Datangnya aku rai
Semua ditukar ganti
Untuk beri tambah seri

Ramadhan kali ini
Aku cuba untuk perbaiki
Cuba juga untuk melatih diri
Dan juga untuk melazimi

Ramadhan itu menjelma
Dan aku disapa rahsia
Oleh dia yang lama tiada
Pelik dan terpana pada mulanya
Apa niat dia
Apa mahu dia
Aku harap selepas ini akan tiada
Kehilangan yang tiba-tiba
Namun sebentar cuma
Dia hilang lagi rupanya