habis sudah madah
tak ada satu pun yang tertinggal
setiapnya telah kau ambil dan terus kau jual
seolah tak pernah memakna apa
seolah tak pernah kau inginkannya
seolah tak pernah
dikutipku bila sudi
dibila tidak, dibiar mati
dan lebih menyakitkan
ku tetap tunggu di tepi jala
seperti tak pernah ku ada harga
seperti tak pernah kita bersama
sepeti tak pernah kau mahu aku
tak pernah rindu
tak pernah rayu
dulu...
terlebur hancur kebal rusukku
bekecai sepai, terpecah belah
terima kasih atas ajarmu
cinta tak wujud
ah, tak pernah
dan dengarkan jeritku
jujur tak terfitnah
kau hanya bagiku
suatu yang pernah
takkan ada apa
yang mampu untuk buat kau pulang
bila sudah tiada rasa
bikinlah apa, tetap kau terbang
takkan ku pujuk kau jangan pergi
takkan ku minta kau fikir lagi
takkan ku paksa renung semula
takkan ku suruh apa-apa
takkan ku izin tubuh dibuka
takkan ku paper reput didada
takkan ku rebah
takkan ku goyah
takkan ku biar tubuh didarah
~fynn jamal~
ku kira ku dah jatuh cinta pada
sidia :)