Wednesday, December 19, 2012

pilu sedih

kau datang tak di duga
dan kau pergi begitu saja

apa mahu mu kasih
apa yang kau mahu tagih

malam tadi aku menangis sedu
kau ingin pergi meninggalkanku
tanpa aku tahu siapa kamu
tanpa aku mengerti apa maksudmu
tanpa aku sedari aku suka pada mu

menangis keseorangan
dirumah tanpa teman
tiada siapa ingin melayan
mengubat hati dan perasaan

aku menangis semahu ku
lelah sungguh rasa di kalbu

bertubi asakan persoalan
bukan aku tak mahu memberi jawapan
tapi rasa ini sangat menyesakkan
dan aku lena bersama hati yang rawan

kau tanya aku rindu
ya! sudah tentu
tapi takkan aku nak mengaku
diriku masih dikemul malu

rasa ini biarlah pergi
aku tak mahu menanggung lagi
pergilah kau pergi
kemana saja yang kau ingini

No comments:

Post a Comment