Saturday, August 17, 2013

rasa hati tika ini

mengapa kau juga yang ku rindu
walau sudah ku tahu payah bersatu hidup dengan mu

#stupid!

******

ku cari dimana kau letak hatimu
kerna bersamaku ada penawarnya

#mungkin

******
kita tak menduga
dari kenalan lahir sayang
hingga ku terlupa kau siapa
setulus kasih ku kalungkan
dan selautan sayang
kau singkirkan ke persada hampa

#sampai hati

*******

apalah lagi yang engkau mahukan
apalah lagi daya ku korbankan

segalanya hilang cubaku tahan
berpisah jua

#akhirnya kan...

*******

kekasih
cintaku ibarat rimba
andainya dibakar
tinggallah debuan arang
siramlah dengan kata-kata saktimu
semoga asmara berbunga ke akhir nanti

#ngerti nggak?

*******

tiada erti aku merindu
jika kau tak ingin bertemu
apa gunanya bercinta didalam kepura-puraan

#tak apalah


Wednesday, July 17, 2013

teruja

Perasaan yang dibiarkan
Sambil berharap agar dimakbulkan
Dan hari ini ianya menjadi kenyataan
Terima kasih Tuhan

Dia bukan sesiapa
apa lagi aku
Tiada yang mengenali
tapi dia sangat ku sayang

walau sepanjang ini dia ku kenal dalam diam
dia mungkin tidak tahu akan adanya aku
tapi aku tahu keberadaan dia
puisi di tepi jalan yang indah

teruja?
sudah tentu!
ku ingin ketemu dia sejak dulu
namun Tuhan makbulkan dalam mimpi dulu
dan ianya diperkenankan dalam realiti sebentar tadi

Tuhan
Tolong!
jagai dia
berkati umur dia
murahkan rezeki dia
ampuni dosa dia
terima amalan dia
kasihi dia
ilhami dia
terima dia

dan segalanya yang terbaik untuk dia

Aminnn

#jumpa fynn jamal tadi:)

Thursday, July 4, 2013

terima saja

setiap yang kau nak aku turuti
dengan niat untuk merai
agar kau senang hati
dan menikmati apa yang diingini

tapi kenapa kawan
bilamana aku menginginkan
selambanya kau kata enggan
hanya memikirkan kau punya perasaaan

apakah???

terima kasih atas pelawaan yang dibalas luka


sesal

mungkin ini yang dikata tiada tenang
bagi mereka yang nabi maksudkan

sungguh!
kejahatan akan merantai kejahatan yang lain
kebaikan akan merantai kebaikan yang lain

perlu menyelesaikan satu persatu
sedikit demi sedikit
tidak sekaligus tapi perlu semua

mohon bantuan Mu Ya Allah
agar semua Kau permudahkan

#
terlalu memilih bagaimana yang dimaksudkan?

Thursday, May 30, 2013

keliru

gembira
melihat dia suka
moga selamanya

cemburu
ya! itu aku
tapi tidaklah melulu
ku tahu batas ku

"your time will come"
"InsyaAllah"

itu kata dia
aku harap yang serupa
cepat atau lambat ditentukan Dia
yang pasti aku lambat dari dia
tapi mungkin lagi cepat dari mereka

usia ini makin kehujungnya
aku harus memikirkan sesuatu untuk ia
sampai bila sebegini rupa

keliru memilih antara dua
minta petunjuk dari Dia
moga ada redha dan barakah Nya

aku belum ada sesiapa
tapi yang utama tentu keluarga
selain itu tiada
tak kan bergoyang kaki saja
bukan kah harus ada usaha

Selagi tiada sesiapa
hanya aku yang layak membela
tentang diri dan masa hadapan yang tak nyata
tetapi harus ada
tanpa susahkan sesiapa
ya!

Monday, February 25, 2013

mimpi

satu ketika dia datang
tiada siapa yang tahu
yang pasti dia ada keinginan
untuk memiliki menjadi yang halal

terkesima terkejut dan malu
dalam hati berbunga riang juga
setelah sekian lama rasanya
rasa ini datang bercambah

sampai ketika waktu itu
dia hanya mendiam membatu
semua telah di dipersetuju
segala telah dipersiap padu

tertanya-tanya
datangkah dia

ternanti-nanti
si dia yang telah berjanji

hampir saat yang ditunggu
tertunggu dan menunggu

alhamdulillah
dia datang rupanya
semua telah dipersiap
dia yang menyiapkan segala

tidak tahu pula siapa dia
dimana dia dapat potret itu
untuk dilengkapkan dalam kertas putih

kukira dia mungkir janji
ku kira dia sudah melupai

rupanya tidak
dia setia bersama janji

tersenyum sampai ke telinga
gembira dihati tak terkata
jiwa mengucap syukur yang berpanjangan

tersedar alunan agung
mimpi rupanya!
keh keh keh

Wednesday, February 6, 2013

kosong

kosong tanpa sebarang kata
kosong tanpa sebarang bicara
kosong tanpa ada yang menyapa

ku dah tunaikan kehendakmu
ku dah penuhi apa mahumu
beria sungguh kau mahukan itu
rupanya langsung tidak kau lihat itu

terasa hati sedikit
kau membuat aku sakit

ingin ku lari jauh darimu
jauh sampai tiada jejakku

Tuesday, January 15, 2013

terasa

banyak cakap banyak dosa
banyak kerja banyak terasa

makin lama makin bosan
makin lama makan dalam

tertanya-tanya
kenapa saya bukan dia
setiap kali yang salah itu saya
setiap kali yang tak betul saya juga

padahal dia juga begitu
kadang dia terlebih melulu
tiba saat itu
yang terkena aku

Tuhan nak uji
Tuhan nak kau tahan diuji
Tuhan nak kau yang diuji

Tuhan Maha Tahu
apa yang terbaik untuk mu
Dia mengujimu
biar kau tahu apa salahmu
agar satu hari yang berlaku
kau tak lagi malu

Terima kasih Tuhan
aku bersyukur Tuhan
ampuniku Tuhan

Thursday, January 10, 2013

cengeng

menangis lagi
sampai kapan lagi
mahu begini

cengeng!

cuba untuk senyum
tapi tidak ku daya


Tuesday, January 8, 2013

dil laga liya


Telah ku serahkan hati ini untuk mencintaimu
Mencintaimu
Mencintaimu

Telah ku curi hatimu untuk memilikiku
Memilikiku
Memilikiku

Wahai kekasih ku
Wahai cintaku
Wahai sayang ku
Mungkin ada yang mendengar
Bisiklah kepadaku

Ya! Aku sudah jatuh cinta
Kau tak pernah mencuri hatiku
Dan aku tak pernah memaksamu

Telah ku ambil ketenanganmu
Membuat kau tak keruan

Telah ku serahkan hati ini untuk mencintaimu
Mencintaimu
Mencintaimu

Dalam perjalanan ini
Mungkin aku akan ditinggalkan
Berjanjilah padaku
 Kau takkan tinggalkan ku
Takkan hancurkan hati ku

Bagaimana untuk ku memberitahu
Hati dan perasaanku
Ku ingin hidup dan mati bersamamu

Aku ingin memilikimu
Menunggumu

Telah ku serahkan hati ini untuk mencintaimu
Mencintaimu
Mencintaimu



Sunday, January 6, 2013

kacau

walaupun tengah bosan
aku benci diganggu
hari ini bukan masanya
tunggu saja esok menjelma

hari cuti hari untukku
bukan diasak dengan permintaan mu
sekadar bertanya mungkin boleh
tapi meminta-minta no way!

sebelum ini aku dah bertanya pada mu
itu saja kah yang kau mahu?
ada lagi yang kau perlu?
dengan selamba kau kata ya!

nah! lihatlah sekarang
hujung minggu ku kau ganggu
kau serabut, jadi kenapa dengan aku?
itu kau punya masalah
bukan aku

tak patut memaksa aku
aku tak suka dipaksa
kau memang merimaskan
terlalu!

lagak kau seolah kau lah bos
gaya kau seolah aku lah kuli
cara kau seolah kau saja lah yang sibuk

hey!
bos aku sendiri tak kacau ku
kecuali bertanya
sesuatu yang sangat penting
dan memberitahu
sesuatu yang takut terlupa maklum

antara kita ada sempadan
walau setiap bulan kau membayar