Saturday, November 17, 2012

terluka lagi

air itu membuak keluar
mengalir laju hingga kebasahan
sukar sungguh untuk dibendung
payah untuk diberhentikan
puas aku kesat untuk entah berapa kali
kenapa masih mahu mengalir

disudut itu aku berdiri kaku
sedu sedan meluah rasa
padahal aku cuba untuk pendam
agar tiada siapa yang perasan
akhirnya ia keluar tanpa sedar
aku tewas mengawal rasa
entah apa difikir mereka

mataku merah pipi ku merah
aku tak mampu memandang dia
terlalu banyak perasaan yang bergumal
hingga dia meminta untuk lihat kearahnya
hanya sekejap cuma aku bertahan
selebihnya biarlah mereka menduga

maafkan aku sahabat
entah apa yang merasuk ku
hingga aku menghambarkan suasana
detik indah dalam hidupmu
adakah aku cemburu buta
adakah aku sudah menggila
adakah aku terasa tak semena
adakah aku sedih tanpa terluka
dan aku tidak tahu apa-apa

mataku banjir semakin deras
akhirnya aku tewas
banyak rupanya rasa yang aku bidas
menidakkan kata jiwa dengan kias

kemuncaknya semua orang tahu
yang ada disitu memandangku
dengan persoalan yang ingin tahu
mengapa aku begitu

hati ku sakit lagi
untuk entah berapa kali
aku penat lagi
aku letih sendiri
untuk terus menangisi
kesukaanku bukan milikku
yang itu aku pasti
aku perlu mencari cinta lagi

perasaan yang berkecamuk
sakit pedih bercampur aduk
jiwaku yang seakan remuk
pandangan ku tertunduk
mengharap ada yang mengetuk
agar aku tak terus terlentok
dan aku terus dipeluk

hangatnya ku rasa
ku tak sepatut buat sedemikian rupa
dia terlalu baik hati dan rupanya
aku yang mementingkan diri rupanya








***mencari cinta lain. hijau dan jambu dalam kenangan.

Friday, November 16, 2012

milikmu

beria sungguh kau melontarkan
hingga rasa sangat kepenatan
lelah mengikut segala kemahuan
bertubi menerima asakan

lalu ku cerita pada dia
betapa seminggu itu menghilangkan daya
pulas segala baki keringat yang ada
rasa ingin berhenti buat seketika

mujur juga dia sudi menelan
kepahitan yang telah ku lontarkan
hingga sangat menyesakkan
hilang sedikit kabut yang tertelan

terima kasih wahai kamu!
ingin sekali menjadi milikmu
tapi sudah ditakluki hati kamu
semoga bahagia milikmu


Tuesday, November 13, 2012

kedumalu

terkedu terkelu
tersipu malu
merah mukaku
segannya aku!

kata yang terbiar

luahan melalui kata
kadang menyakitkan sesiapa
kadang peduli tiada siapa

ada baiknya kata dibiarkan kaku
kaku di contengan kayu atau batu
dari dibiarkan menjadi hati layu

kata ini biar terbiar
cuma jangan sampai ianya liar