Tuesday, March 11, 2014

betapa

tika aku disana
aku sangat merindui dia
rasa ingin peluk dia
rasa ingin melepas segalanya
amuk dendam kecewa
riang ria suka gembira
semuanya--

betapa
aku bersyukur dengan adanya dia
aku berterima kasih pada dia
aku bertuah kerana dia

betapa
selama ini aku tidak menghargai
dicampak kebertuahan itu di tepi
merasa orang lain lebih baik dari diri

aku mahu itu
nah! ambillah itu
baru kau tahu apa itu
bukan seindah mimpimu

jangan meminta keterlaluan
kau tak tahu apa didepan
hargai apa yang ada bersamamu teman
nikmati segala kekurangan
syukuri setiap kesempurnaan
insafi semua kebaikan

syukur
itu yang perlu kau ukur--

--aku masih menantimu sangpujaan

masih

masih diam
masih menghilang
masih tiada
masih begitu
masih dan masih

moga akan bersuara
moga akan menjelma
moga akan ada
moga akan begini
moga dan moga

dan kini
masih menanti
masih menyabarkan diri
menunggu dan terus menanti

apapun jawapan
apapun penerimaan
apapun penyataan
itu sudah cukup buat ku lega
cukup buat aku gembira

biar sedih
biar pedih
biar ria
biar suka

apapun akan ku terima
dengan hati yang luas dibuka
kerana aku yakin dengan Pencipta
Dia memberi segala
Dia juga mengambil segala
kerana satu pun tiada
aku yang punya

setiap yang ada padaku
terbaik untukku
teristimewa untukku
untukku. bukan untukmu--

#muncullahMH370
#muncullahsangjiwa