Friday, January 5, 2018

Buah penantian

Teruslah menafikan penat untuk menunggu. Kerana Tuhan mu tahu rasa lelahmu. Bukan Tuhan tak mengerti sakitnya penantianmu. Malah Tuhan tahu benar betapa kau kuat untuk menepis rasa yang lain. Hanya kerana kau mahu menunggu. Untuk satu jawapan itu.

Sentiasalah untuk tidak pernah terus berdiam diri. Kerahkan segala usaha yang kau boleh untuk mempercepatkan penantian itu. Hamburkan segala doa bersama titisan air mata. Teruslah minta pada Tuhanmu kerana hanya Dia yang tahu sedang kau satu pun tidak tahu. Melainkan dengan ilham dari Dia.

Jika satu hari kau sudah punya jawapan yang selama ini kau mahukan. Akan redha kah kau dengan jawapan itu? Akan bersediakah kau untuk mengetahuinya? Akan kuatkah kau untuk menyediai semuanya? Makanya, terulah memperkuatkan hatimu.

Sebagaimana kau pernah yakin satu masa dahulu. Ketika kau menyerahkan Tuhanmu sebagai penentu bagi pemutus kata mu. Ianya juga satu keputusan yang besar. Keputusan itu yang telah mencorakkan masa depanmu sehingga ke hari ini. Dan perancangan Tuhanmu hebat bukan? Perancangan Tuhanmu sangat indah bukan?

Untuk itu, terulah menunggu sambil menambah ilmu dan memperbaiki dirimu.
Lelah itu jangan pernah muncul dalam hatimu. 
Kerana kuatnya hatimu. Tuhanmu sahaja yang tahu.

No comments:

Post a Comment