Wednesday, September 24, 2014

Dear Sahabat

Assalamualaikum

Dear Sahabat. Sila lah untuk bersahur dengan makanan yang aku masak untuk kau. Masak kicap ada 2 versi. Arni punya dan aku punya. Aku rasa Arni punya win. Yang aku punya ayam dia bahagian kepak.

Ada juga sayur salad untuk kau buat sebagai ulam.

Dan lagi satu, ada sambal gereh versi aku. Nampaknya, aku macam tak tahu apa rahsia sambal gereh yang kita beli tu sebab dia punya macam kering. Tapi aku punya basah. Aku letak sos tiram je. Ke tak perlu letak sos tiram? Tapi ampun maaf terlebih dahulu. Aku terlajak letak cili. Cili yang aku letak tu dari kampung. Biasalah kan, cili tu kan pedas dari yang beli kat market. Kau makan ikan masinnya je. Huhu

Aku minta maaf kat kau. Aku rasa aku ni entah apa-apa. Beria kata nak stay dengan kau sebelum kau meninggalkan aku. Tapi, at last aku buat keputusan ikut kawan aku pergi Penang. Selama dua malam pula tu. Nak undur rasa serba salah. Tiket flight sudah beli. Hotel pun sudah booked.

Jadi, aku cuba untuk buat apa yang aku mampu untuk bahagiakan kau. Walaupn kalau kau rasa, biasa saja. Tapi tadi sambil masak aku terbayang kau je.

Oh, aku dah menangis.

Aku tak pandai tunjuk dan luah rasa sayang. Aku perlu belajar selepas ini. Tapi aku cuba untuk buat orang yang sayang bahagia dan senang hati.

Aku harap kita sahabat sentiasa. Selamanya. Selalunya.

Terima kasih untuk kenangan terindah selama kita bersama. Untuk cerita yang kau kongsi. Untuk kebaikan yang kau hulur. Untuk ukhwah yang kau simpul. Untuk segalanya.

Aku berdoa agar Allah sentiasa redha dengan kau. Beri kau bahagia dunya dan akhirat. Beri kau ampunan segala dosa. Beri kau rahmat sentiasa.

Bantal aku macam dah basah. Ok, aku tidur dulu. Esok pagi, kejut aku subuh tau.

With love,
FAM
3.11 am. 25.09.14

No comments:

Post a Comment