Tuesday, March 11, 2014

masih

masih diam
masih menghilang
masih tiada
masih begitu
masih dan masih

moga akan bersuara
moga akan menjelma
moga akan ada
moga akan begini
moga dan moga

dan kini
masih menanti
masih menyabarkan diri
menunggu dan terus menanti

apapun jawapan
apapun penerimaan
apapun penyataan
itu sudah cukup buat ku lega
cukup buat aku gembira

biar sedih
biar pedih
biar ria
biar suka

apapun akan ku terima
dengan hati yang luas dibuka
kerana aku yakin dengan Pencipta
Dia memberi segala
Dia juga mengambil segala
kerana satu pun tiada
aku yang punya

setiap yang ada padaku
terbaik untukku
teristimewa untukku
untukku. bukan untukmu--

#muncullahMH370
#muncullahsangjiwa


No comments:

Post a Comment