Abah
Aku membayangkan kau tersenyum pada ku
Aku membayangkan kau usap kepalaku
Aku membayangkan kau memanggilku
Aku membayangkan kau menggendongku
Aku membayangkan kau mengintaiku dari jendela itu
Aku membayangkan kau tidur dengan dengkuranmu
Abah
Apa agaknya khabarmu disana
Aku yakin kau sedang dijaga Dia
Aku doakan kau bahagia sentiasa
Abah
Mak sering mengaitkan kau dengan sesuatu
Mak kata, abah kau suka itu
Abah kau dulu begitu
Abah kau macam ini macam itu
Abah
Lagi beberapa hari syawal menjelma
Lagi beberapa hari itu ramadhan akan pergi
Dan lagi beberapa hari aku akan menyambut syawal lagi tanpamu
Abah
Aku baca banyak ucapan selamat hari bapa
Aku lihat banyak gambar mereka bersama bapa
Namun aku hanya mampu mengucap dalam jiwa
Aku hanya mampu merakam gambar mu dalam minda
Abah
Moga baik-baik sahaja ya
Moga Allah mencucuri rahmatNya sentiasa
Ramadhan sudah hampir tiba di penghujungnya
Namun rindu ku padamu akan sentiasa ada
Dengan izin Dia
No comments:
Post a Comment