ku cuba berlagak biasa
seolah tiada apa
seolah dia bukan sesiapa
namun getar hati di jiwa
tidak diketahui sesiapa
memandang dia
terasa pecah didada
terasa berombak dijiwa
terasa hendak berlari kesana
tak sanggup rasanya
tak tahan rasanya
tak mahu peduli semua
kalau ikut nafsu semata
namun hati berkata sebaliknya
usah diberi derita pada dia
usah ditabur dendam pada dia
usah dicanang sedih pada dia
yang tidak bersalah itu dia
yang tak berdosa itu dia
yang tidak tahu apa-apa itu dia
sedang kau punca segala
lalu ku kucup tangan dia
mohon ampun dalam hati saja
sambil berdoa mohon dimaafkan dia
atas dosa yang tidak diketahui dia
aku memeluk bersungguh akan dia
agar hati ku dan hati dia
tidak punya dendam atau sebarang dosa
atas keterlanjuran perasaan aku yang entah apa-apa
wahai dia
kau memang baik untuk dia
kau memang sempurna untuk dia
dan untuk aku juga
semoga sentiasa beraja
dihati dia
No comments:
Post a Comment