Wednesday, September 12, 2018

Inginku

Sayang
Inginku bukan seperti itu
Gapailah tanganku
Dengan cara yang paling dimuliakan Tuhanku

Syaitan
Memenuhi hasutan fikiranku
Membiar nafsu membelenggu
Dan malam berlalu begitu

Andai
Kita takkan bersatu
Kita bukan ditakdirkan sebegitu
Kau tetap dalam anganku
Sempadan hitam putihku

Namun
Jika kau untukku
Dan aku untukmu
Pemisah ini adalah terbaik untukku
Dan juga kamu
Untuk hati yang kian hilang malu
Kita ganti yang baru

Monday, February 19, 2018

Jangan

Jangan biar kau kesetanan
Kerana aku adalah orang yang paling sedih

Bersabarlah
Masa akan tiba juga


Wednesday, February 14, 2018

Sendu

Malam tadi aku hanya membisu
Sedang kau sedang menangis sendu
Aku masih berkeras dengan kataku
Dan kau mahu merayu

Aku tahu huru-hara hidupmu
Kerna aku juga begitu

Sabarlah sayangku
Ini cuma sementara waktu



Berakhir

Sabar itu tiada had
Sabar itu tiada hilang
Kalau sabar kau dah sampai had
Kalau kau dah hilang sabar
Bukanlah sabar namanya

Menunggumu yang tak kunjung tiba
Bertahun-tahun lamanya
Kalau sungguh mahu aku sampai sekarang masih begini, kenapa?
Kalau benar kau mahu menyuntingku, sampai bila?

Aku mula membuka hati
Untuk cinta lain
Untuk cinta yang sebenar-benar cinta
Kerana hati ku selama ini tertutup rapat
Yang kuncinya ku kira ada pada kau

Aku tak ambil hati
Aku tak makan hati
Aku cuma dah tawar hati

Hati

Mengajar hati pun pening, belajar hati lagi la pening
Apa lagi untuk menjaga hati.
Pening & sakit nya tuh disini
Belum lagi nak cekalkan hati
Dan memujuk hati
Hati-hati lah dengan hati
Kalau jatuh hati, angkat balik ke tempat paling mulia
Kalau dah angkat hati kemudian jatuh lagi, tak apa. biar kuat hati tu
Tapi kalau dah jatuh berkali-kali tak ada siapa nak angkat, akan jadi sakit hati
Pasti menjauh hati
Tapi jangan pula ambil hati

Hati aku selembut tisu. Kering hati aku mudah terkoyak, apa lagi waktu basah hati. Lembut dan mudah dihenyak. Bagi aku masa untuk pujuk hati. Agar aku lebih kental hati. Aku tak ambil hati. InsyaAllah.

"Apa nasihat untuk orang yang jatuh hati?"
"Hati-hati dengan hati"
"Baik...."

Tuesday, February 13, 2018

Malam

Dahulu
Aku tak sabar menunggu malamku
Hanya malam kita bisa bertemu

Sekarang
Aku masih tak sabar menunggu malamku
Hanya malam yang boleh buat aku bisu
Di alam mimpiku bertemankan kamu

Walau kita tidak lagi bertemu
Walau kita semakin menjauh
Hati aku tetap pada mu
Sampai saat itu



Sunday, February 11, 2018

Sakit

Aku tahu sejak dari dulu lagi
Satu hari nanti pasti aku akan tersakiti
Oleh perbuatan diri ku sendiri
Sejak dari awal lagi
Aku sudah menyerah diri
Untuk menadah sakit hati

Aku tahu
Sakit ini dari Tuhanku
Dan Dia takkan membiarkanku
Terus untuk disakiti olehku
Lalu Dia menyedarkanku

Maafkan aku
Terlanjur memberi cinta dan rindu